top of page

Pada peringkat ini ia melibatkan beberapa proses penentuan serta mengenalpasti masalah yang ingin diselesaikan. Setelah sesuatu masalah dapat dikenalpasti proses analisis akan dilaksanakan bagi mencari apakah punca atau faktor yang berkaitan atau yang menimbul masalah tersebut. Terdapat 3 proses analisis yang terlibat iaitu:
                        i.  analisis terhadap pengguna
                        ii.  analisis  terhadap persekitaraan pembelajaran
                        iii. kenalpasti objektif  pembelajaran

.Terdapat beberapa soalan yang boleh diajukan semasa proses analisis iaitu :

 (i)   Apakah jenis halangan pembelajaran yang wujud?
(ii)    Apakah pilihan bentuk penyampaian pembelajaran?
(iii)   Apakah tempoh masa yang diperlukan untuk menyiapkan projek tersebut?

Analysis

Peringkat ini dilakukan selepas proses analisis keperluan dijalankan. Antara proses yang terlibat ialah:

(i) Menyediakan isi kandungan

(ii) Merekabentuk aktiviti pembelajaran

(iii) Menentukan jenis media penyampaian pengajaran

Fasa ini penting untuk merancang strategi dalam membangunkan pengajaran serta menggariskan cara bagaimana mencapai matlamat pengajaran.

Design

Development melibatkan membina sistem sebenar dengan menggunakan semua elemen media dan teknologi yang terpilih berdasarkan keperluan.

Tujuan fasa ini ialah untuk menghasilkan rancangan pengajaran dan bahan pembelajaran

 Proses ini akan menghasilkan bahan pengajaran berdasarkan rekabentuk  yang dipersetujui.

Development

 Implementation

 Bahan pengajaran yang telah disediakan akan digunakan atau dilaksanakan dalam situasi sebenar.

 

Projek multimedia yang telah disiapkan akan diuji kepada pengguna sebenar bagi mengenalpasti kesilapan semasa proses pembangunan projek dijalankan

 

 Sekiranya berlaku kesilapan, pembaikan akan dilakukan sebelum ia diserahkan kepada pengguna untuk digunakan.

Evaluation

 Penilaian formatif merangkumi setiap fasa dalam proses ADDIE dan dilakukan terhadap semua peringkat untuk memastikan keberkesanannya. 

 

Penilaian sumatif melibatkan rekabentuk pengujian yang spesifik sahaja yang memerlukan maklumbalas pengguna dan berlaku di peringkat akhir sesuatu projek penghasilan bahan pengajaran diselesaikan.

bottom of page