top of page

Assure

A

 Analyze learners (Analisis Pelajar)

  • Analisis ciri-ciri pelajar perlu bagi menentukan kesesuaian di antara media dan bahan sumber yang dipilih bagi mendatangkan pembelajaran yang berkesan

  • Dengan analisis pelajar, guru dapat dibantu dengan mengetahui tahap pengetahuan dan pengalaman sedia ada murid yang dimiliki oleh murid-murid terlebih dahulu sebelum memulakan pengajaran dan pembelajaran

  • Secara tidak langsung guru dapat menyediakan pengajaran yang berkesan dan pelajar dapat membina pengetahuan secara konsruktif selain dapat membantu guru mengesan tahap murid melalui sesi soal jawab

S

State learning objectives (Nyatakan objektif pembelajaran)

  • Objektif yang dibuat selari dengan tahap pengetahuan murid dan harus difokuskan kepada pengetahuan,kemahiran yang dipelajari oleh murid

S

Select media and method (Pilih media dan kaedah)

  • Guru memilih kaedah,media dan bahan pengajaran berdasarkan kebolehan pelajar dan objektif pelajaran yang ingin dicapai

  • Guru digalakkan memilih media dan bahan-bahan sumber yang sedia ada

  • Antara proses bagi pemilihan ialah membuat keputusan berkaitan dengan kaedah pembelajaran contohnya simulasi, tunjuk ajar dan main peranan, memilih format media yang sesuai,slaid,audio dan video

  • Memilih dan mengubah suai atau mereka bentuk bahan khususnya berdasarkan format media yang dipilih contohnya cd pendidikan atau menaik mutkannya melalui EDUWEBTV.

U

  •  Penggunaan media adalah penting supaya mesej yang ingin disampaikan tepat terus kepada tajuk pelajaran yang ingin disampaikan

  • Peranan guru dalam menggunakan bahan media dengan berkesan ialah prebiu dan bahan sumber,agar sesuai dengan objektif dan kumpulan sasaran,penyediaan bahan sumber iaitu bahan yang perlu dikumpulkan,disusun sebagaimana dikehendaki mengikut langkah-langkah pengajaran

  • Penyediaan persekitaran seperti kemudahan seperti plug dan suis dan susunan kedudukan murid.

Utilise media and method ( Gunakan media dan kaedah)

R

  • Sesuatu pembelajaran yang melibatkan pelajar beraktiviti atau berfikir secara aktif akan menghasilkan perubahan tingkah laku yang kekal

  • Latihan dalam bentuk perbincangan, latih tubi, latihan bertulis, permainan bahasa dan sebagainya dapat terus mengekalkan penglibatan pelajar dalam aktiviti pembelajaran.

  • Penyediaan media dan bahan sumber yang sesuai sebenarnya dapat membantu dan mengekalkan pengelibatan pelajar dalam proses belajar

Require learner response(Dapat respons pelajar)

E

  • Langkah ini menyentuh dua aspek penilaian iaitu penilaian pembelajaran dan penilaian pengajaran

  • Penilaian seharusnya dibuat sepanjang proses pengajaran

  •  pembelajaran untuk memastikan pemilihan objektif, media dan bahan sumber sesuai dengan keupayaan pelajar

Evaluate and revise (Nilai dan semak semula)
bottom of page